Perlu diagnosis sebelum hubungi Kizzu Kids?
Tidak semestinya. Beritahu umur anak, concern utama dan lokasi pilihan supaya pasukan dapat membantu cadangkan langkah seterusnya.
Risau tentang perkembangan anak?
Kadang-kadang ibu bapa mula risau apabila melihat anak lambat bercakap, sukar fokus, kurang respon, lebih suka bermain sendiri, atau sukar mengikuti arahan. Tidak semua situasi ini bermaksud anak mempunyai masalah perkembangan.
Di Kizzu Kids, kami menyediakan Child Development Screening untuk membantu mengenal pasti tanda awal kelewatan perkembangan. Jika ada sebarang kerisauan, langkah pertama adalah melakukan screening ini.
Jika ibu bapa mempunyai kerisauan tentang perkembangan anak, langkah pertama adalah melakukan screening perkembangan. Melalui screening ini, therapist boleh membantu memberi gambaran awal tentang keadaan anak.
Tanya Tentang Screening AnakScreening perkembangan ini sangat sesuai jika anak menunjukkan tanda-tanda seperti berikut:
Kurang respon apabila dipanggil atau kesukaran berinteraksi dengan orang lain.
Anak mudah hilang perhatian dan sukar untuk mengikut arahan yang diberikan.
Lebih suka bermain sendirian dan kurang minat untuk bersosial bersama rakan.
Menunjukkan kelewatan dalam kemahiran perkembangan tertentu berbanding usia.
Child Development Screening adalah proses pemerhatian awal. Therapist akan melihat beberapa aspek seperti:
Screening ini bukan diagnosis, tetapi membantu mengenal pasti sama ada anak mungkin memerlukan penilaian lanjut atau sokongan tambahan.
Ramai ibu bapa hanya menyedari cabaran perkembangan apabila anak sudah lebih besar. Screening awal membantu anda bertindak cepat.
Membantu ibu bapa memahami tahap perkembangan anak dengan lebih jelas seawal mungkin.
Mengenal pasti tanda awal kelewatan perkembangan sebelum menjadi lebih ketara.
Mendapatkan cadangan langkah seterusnya jika anak benar-benar perlukan sokongan tambahan.
Membantu memastikan anak mendapat bimbingan yang bersesuaian dengan keperluan mereka.
Jawapan ringkas untuk ibu bapa yang mahu memahami screening perkembangan anak.
Screening perkembangan ialah pemerhatian awal untuk mengenal pasti sama ada anak mungkin memerlukan penilaian lanjut atau sokongan perkembangan.
Screening sesuai jika anak lambat bercakap, sukar fokus, kurang interaksi sosial, suka bermain sendiri, atau menunjukkan kelewatan perkembangan.
Tidak. Screening bukan diagnosis. Ia membantu mengenal pasti tanda awal dan menentukan sama ada anak memerlukan penilaian atau intervensi lanjut.
Ibu bapa boleh mendapat panduan tentang langkah seterusnya, seperti penilaian lanjut, terapi, early intervention atau sokongan lain yang sesuai.
Tidak semestinya. Beritahu umur anak, concern utama dan lokasi pilihan supaya pasukan dapat membantu cadangkan langkah seterusnya.
Saringan ialah pemerhatian awal untuk mengenal pasti kemungkinan concern dan keperluan penilaian lanjut. Saringan bukan diagnosis. Skop assessment bergantung pada concern dan profesional yang terlibat.
Sahkan jenis servis, cawangan, peranan profesional, yuran, tempoh sesi serta sama ada laporan bertulis disertakan. Ketersediaan servis dan slot perlu disahkan dengan pasukan.
Belum. Enquiry ialah permintaan untuk dihubungi. Temujanji hanya boleh dianggap disahkan selepas butiran tempahan dipersetujui dengan pasukan Kizzu Kids.
Kenali skop pasukan · Semak lokasi pusat · Soalan lazim ibu bapa
Parent enquiry
Isi maklumat ringkas ini dan team Kizzu Kids akan hubungi anda untuk langkah seterusnya.