Perlu diagnosis sebelum hubungi Kizzu Kids?
Tidak semestinya. Beritahu umur anak, concern utama dan lokasi pilihan supaya pasukan dapat membantu cadangkan langkah seterusnya.
Risau anak lambat bercakap?
Ada kanak-kanak yang bercakap sedikit lambat daripada rakan sebaya. Namun jika anak masih belum bercakap dengan jelas, hanya menggunakan beberapa perkataan sahaja, sukar menyebut perkataan, atau kurang berkomunikasi, ini mungkin tanda anak memerlukan speech therapy.
Di Kizzu Kids, therapist akan membantu ibu bapa memahami perkembangan komunikasi anak dan mencadangkan langkah yang sesuai. Langkah pertama adalah membuat penilaian perkembangan.
Jika ibu bapa risau anak lambat bercakap atau mengalami kesukaran komunikasi, langkah pertama adalah mendapatkan penilaian perkembangan. Kami sedia membantu menjelaskan tahap perkembangan dan mencadangkan intervensi yang sesuai.
Tanya Tentang Penilaian AnakSetiap kanak-kanak berkembang pada kadar yang berbeza. Namun beberapa tanda ini sering diperhatikan pada kanak-kanak yang mengalami kelewatan pertuturan.
Perkataan yang digunakan masih sangat terhad untuk umur mereka.
Sebutan sukar difahami walaupun oleh ahli keluarga terdekat.
Anak lebih menggunakan isyarat atau menarik tangan orang dewasa.
Anak mungkin hanya menggunakan satu perkataan sahaja untuk berkomunikasi.
Semasa sesi penilaian, therapist akan melihat beberapa aspek perkembangan komunikasi anak seperti:
Penilaian ini membantu therapist memahami tahap perkembangan bahasa anak, cabaran komunikasi yang dihadapi, serta menyusun cadangan terapi yang paling sesuai.
Terapi direka secara berperingkat dan disesuaikan mengikut keperluan spesifik setiap kanak-kanak.
Membantu anak belajar memahami dan menggunakan perkataan dalam konteks yang betul.
Melatih anak menyebut perkataan dengan lebih jelas agar mudah difahami oleh orang sekeliling.
Mengajar anak cara menyampaikan keperluan, emosi, dan berinteraksi dengan orang lain.
Menggalakkan anak menggunakan bahasa secara aktif dalam aktiviti bermain dan komunikasi harian.
Jawapan ringkas untuk membantu ibu bapa memahami langkah seterusnya.
Speech therapy membantu kanak-kanak meningkatkan komunikasi, pemahaman bahasa, sebutan, penggunaan perkataan dan kemahiran interaksi sosial.
Anak mungkin memerlukan sokongan jika perkataan masih terhad, sebutan sukar difahami, sukar membina ayat, atau lebih banyak menggunakan isyarat berbanding perkataan.
Langkah pertama biasanya ialah penilaian perkembangan supaya therapist dapat memahami profil komunikasi anak dan mencadangkan intervensi yang sesuai.
Kizzu Kids mempunyai lokasi di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ibu bapa boleh hubungi pasukan kami untuk cadangan lokasi yang paling sesuai.
Tidak semestinya. Beritahu umur anak, concern utama dan lokasi pilihan supaya pasukan dapat membantu cadangkan langkah seterusnya.
Saringan ialah pemerhatian awal untuk mengenal pasti kemungkinan concern dan keperluan penilaian lanjut. Saringan bukan diagnosis. Skop assessment bergantung pada concern dan profesional yang terlibat.
Sahkan jenis servis, cawangan, peranan profesional, yuran, tempoh sesi serta sama ada laporan bertulis disertakan. Ketersediaan servis dan slot perlu disahkan dengan pasukan.
Belum. Enquiry ialah permintaan untuk dihubungi. Temujanji hanya boleh dianggap disahkan selepas butiran tempahan dipersetujui dengan pasukan Kizzu Kids.
Kenali skop pasukan · Semak lokasi pusat · Soalan lazim ibu bapa
Parent enquiry
Isi maklumat ringkas ini dan team Kizzu Kids akan hubungi anda untuk langkah seterusnya.